Rabu, 13 Januari 2010

Rumah Gila



Hardy Boys kembali lagi untuk tahun 2010!!!! Happy New Year!!!!

Kali kitorang nak cerita pasal komik Hardy Boys #3 Rumah Gila. Bagi korang yang nak t-shirt free limited edition Hardy Boys tu... cepat2 dapatkan komik ni.


Isu kali ni jugak datang dengan artikel dan cerita sampingan yang best punya;
1. Galaksi Dunia Komik.. Imbau sejarah komik di dunia. Apa komik paling tua? Komik paling panjang? kalau nak tau kenalah beli Rumah Gila.
2. Ada cerita pasal Realiti TV.. Apa rancangan realiti TV paling teruk di dunia?
3. Cerpen misteri baru... Halau Hantu 2

Cepat beli nanti habis!!!

Khamis, 7 Januari 2010

Kerja Kosong!!!!

Gemilang Publishing sedang mencari editor novel dan event planner !!!


Syarat-syarat untuk editor novel
- Melayu
- Mempunyai ijazah dalam bidang yang berkaitan (atau)
- Berpengalaman dalam bidang mengedit novel (kira korang ni pro la)
- Berfikiran kreatif dan proaktif
- Suka baca novel. Tak kiralah novel tu korang beli dan baca untuk koleksi korang ke, korang pinjam novel kawan pastu baca ke, korang lepak kedai buku berjam-jam sambil baca novel ke, yang penting korang memang suka dan jatuh cinta dengan novel!


Syarat-syarat untuk event planner
- Melayu
- Suka buat kerja/aktiviti luar
- Pandai bercakap
- Kreatif dan proaktif
- Tak perlu pengalaman yang meluas asalkan rajin berusaha
- Sesiapa yang aktif semasa di universiti/kolej/sekolah juga digalakkan memohon


Sesiapa yang berminat bolehlah emailkan resume korang ke:
jobs_gp@yahoo.com


atau alamatkan kepada:

Gemilang Publishing
Lot 34A, Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 ½, Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6250 3396


Tarikh tutup: 31 March, 2010

Khamis, 19 November 2009

Hardy Boys di Pesta Buku Kolej Yayasan Melaka

Pada 22 hingga 24 October / 2009, Hardy Boys telah menyertai pesta buku di Melaka.. Ramai jugak peminat-peminat yang hadir untuk mndapatkan Hardy Boys... kat sini Hardy nak ucapkan terima kasih untuk kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis pesta buku tu.

Krew yang hadir bersama kartunis Clay, Aliow dan Totoro


Peminat-peminat

Sukanya kawan-kawan kita ni. Mereka dah dapatkan majalah Hardy Boys.. korang bila lagi?


Bersemangatnya kawan-kawan ni mendapatkan komik-komik dari gerai Hardy Boys


Jangan lupa nantikan Hardy Boys siri ketiga 'Rumah Gila' di pasaran ok!!! Beli jangan tak beli!!!


Jumaat, 6 November 2009

Hardy Boys Di Dataran Merdeka!!!

Bagi kengkawan yang rindu pada Hardy... Hardy akan berada di Dataran Merdeka esok sempena Program Dataran Budaya...


Tarikh: 7 November, 2009 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang - 10.30 malam
Tempat: Dataran Budaya (sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad)


Siapa lagi ada?


Nancy Drew akan turun padang memeriahkan majlis!!!!!
Pelukis Kachigo kartunis Clay juga akan turun padang untuk sesi autograph!!!!!
Oka dan kartunisnya Totoro & Aliow pun turut serta!!!!


So esok jangan duduk rumah je.. lepas makan tengahari jom ramai2 kita banjirkan Dataran Budaya!!!!!!


Hadiah menarik juga ada untuk semua orang!!!!!

Rabu, 21 Oktober 2009


Untuk kawan-kawan kat luar sana.. jangan lupa datang ke booth kitorang di:

Tempat: Pesta Buku 2009 Anjuran Kolej Yayasan Melaka
Tarikh: 22/10/2009 (Khamis) - 24/10/2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang

Siapa lagi ada? Kita ada Oka! Kachigo! Nancy Drew!
Kita ada Clay! Totoro! ngan Aliow jugak!

Ada macam-macam aktiviti, kuiz, hadiah yang disediakan... so jangan lupa luangkan masa untuk datang jumpa Clay dlm sesi autograph nanti okey... Oh ya promosi hebat pun ada...!!!!!

Jumpa kat sana ye!!!!!

Rabu, 30 September 2009

Pencuri Identiti

Bagi korang yang dah baca Hardy Boys isu 1 amacam? ok tak? suke? ada komen? cadangan? Boleh usulkan semuanya pada kitorang.. Pendapat, pandangan dan cadangan yang bernas dari korang amatlah dialu-alukan.

Okey kali ni nak cerita pasal isu 2 plak. Cerita pasal Pencuri Identiti. Apa tu orang hilang kad pengenalan ke? ha... kalo nak tahu kenalah baca...

Isu kali ni jugak datang dengan cerita-cerita sampingan yang best punya.. antaranya;
1. Hilite Hardy Boys.. debaran yang berterusan.
2. Ada cerita Plastikos.. apa mende plastikos tu?
3. Cerpen misteri baru... Halau Hantu
4. Aktiviti Skuad Penyiasat di Damansara

Oh ya jangan lupa juga kumpul sticker dari semua isu untuk cabutan t-shirt limited edition okey... cepat-cepat nanti habis....!

Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari raya

Dikesempatan ini, Hardy Boys nak ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin" kepada semua peminat dan pembaca Hardy Boys. Untuk adik-adik, jangan main mercun, jangan makan banyak dan jaga kesihatan sempena hari raya ini. Bukan apa wabak H1N1 masih tersebar..

Jangan lupa juga utnuk dapatkan majalah Hardy Boys di kedai buku berdekatan isu #2 yang bakal terbit Oktober ini...

SELAMAT BERAYA!!!