Untuk kawan-kawan kat luar sana, sempena bulan puasa ni Hardy nak ucapkan Salam Ramadhan. Kuatkan semangat korang macam kitorang menghadapi dugaan time bertugas kat A.T.A.C ok.. :)
Hi kengkawan.. lama dah Hardy tak update blog ni kan..
Kachigo?
Ok mesti korang tertanya2 apa kachigo ni kan.. ok Kachigo ni ialah sebuah komik tentang pengembaraan makanan... Kalau korang rasa komik ni boring.. well baik korang baca dulu komik ni pastu baru decide..
Kat mana nak dapat?
Korang leh dapatkan komik ni kat mana2 kedai buku yang berdekatan ngan rumah korang.. ataupun kedai2 yang menjual suratkhabar..
Berapa pulak harganya?
Harganya tak mahal.. hanya RM2.00 je... alah beli top up RM10.00 lagikan boleh, inikan pula komik comel berharga RM2.00 ni... memang korang mampu beli punya. Dengan ketebalan 56 mukasurat.. Hardy gerenti memang berbaloi..(cam iklan celcom la plak)
Berapa banyak isu yang akan di keluarkan?
Well.. Komik ni akan dikeluarkan setiap bulan.. kat belakang kulit komik ni korang boleh pilih nak langgan komik ni untuk setahun atau dua tahun... dan kalau sambutannya menggalakkan.. Kachigo cakap dia ok je untuk beraksi lebih buat peminat2..
Kachigo akan mula terbit pada September 2009 ni.. Jadi.. memandangkan bulan September pun dah dekat pekata korang g intai2 kedai kat rumah korang tu.. kut2 komik ni dah sampai kan...
Pada 23 Jun yang lalu, skuad penyiasat dah pun selamat menjalankan aktiviti kami yang pertama. Program berkenaan 'Jauhi Jenayah Juvana' telah disertai oleh 200 orang murid.
Tempat : Sekolah Menengah Bandar Utama 4
Tarikh : 23 Jun 2009
Waktu : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Penceramah: DSP Tan Geok Mooi
ASP Chia Lee Leng
Dari Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.
Penaja : Komik Hardy Boys & Komik Nancy Drew
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti sesi interaksi antara Skuad Penyiasat bersama para pelajar. Pastu para pelajar juga dapat meningkatkan kendiri dengan ilmu pengetahuan dari penceramah kita.
Pastu ada juga booth jualan komik Hardy Boys & Nancy Drew. Terdapat juga booth Oka dan juga buku Siri Kisah Klasik China.
Lihat saja betapa meriahnya aktiviti skuad penyiasat di bawah ini. Bagi kawan-kawan yang lain pula, jangan lupa ye tunggu kehadiran Skuad Penyiasat di tempat korang pulak. :)
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan Novel Grafik ini. Cuma print borang langganan di bawah dan hantarkan ke alamat yang tertera di borang langganan.
Cukup mudah untuk anda mula menikmati debaran The Hardy Boys!
Ingin melihat gambar anda dimuatkan di dalam siri komik Hardy Boys? Atau mungkin anda mempunyai cerita yang menarik tentang gambar-gambar anda yang ingin anda kongsikan bersama pembaca Hardy Boys. Kirimkan gambar anda bersama cerita menarik itu ke alamat e-mail di bawah:
Canon
-
Canon, dewi yang mendapat kasih sayang daripada Tuhan lebih daripada orang
lain. Canon dipertanggungjawabkan untuk berdoa di dalam vihara demi
keamanan d...
Comic Club Fantasy Red
-
*Judul:* Comic Club Fantasy Red
*Cerita/ilustrasi:* Various artist
*Genre:* Fantasi
*ISBN:* 978-967-5440-62-5
*Halaman:* 120 muka surat
*Saiz Buku:* 12....