Rabu, 13 Januari 2010

15 Program realiti TV paling teruk!!

Okey, peminat Hardy Boys semua. Seperti yang dijanjikan, ini dia info tambahan untuk ruangan 'korang tau tak' enjoy!!


15 Program realiti TV paling teruk!! dalam sejarah televisyen..



15. Temptation Island (2001-2003)
- mengisahkan tentang empat pasangan kekasih yang duduk di satu pulau dan nak
menguji siapa yang paling setia.

14. The Real Housewives of Orange County (2006-present)
- siapa yang nak tau pasal kehidupan suri rumah kaya kat kampung yang rumahnya
penuh dengan orang gaji dan diorang langsung tak reti buat kerja?

13. Farmer Wants A Wife (2008)
- Rancangan tentang 10 orang perempuan bujang yang duduk di bandar nak kawin
dengan peladang yang duduk di desa. lepas tu tiap2 hari complain kata diorang
tak boleh duduk kat desa. penuh drama sgt2!

12. My Super Sweet 16 (2005 – present)
- Anak orang kaya yang tergedik2 menunjuk kekayaan mak bapak diorang dalam
televisyen.. muda2 lagi dah demand macam2..

11. Britney & Kevin: Chaotic (2005)
- Kesian Britney sebab kehidupan peribadinya ditayangkan di kaca tv. tiap2 hari
penuh dengan pergaduhan antara dia dan kevin.. peminat dia memang suka tengok
Britney bergaduh ke?

10. Who Wants To Marry A Multi-Millionaire (2000)
- Beberapa perempuan yang muda dan seksi tergila-gila nak kawin dengan jutawan..
bila program ni habis, diorang tak jadi kawin pun... kesian...

9. The Littlest Groom (2004)
- Sekali lagi dirang menggunakan perempaun muda dan cantik untuk dijadikan
eksperimen dalam rancangan siapa nak kawin dengan orang kerdil... korang ingat
semua perempuan tu ikhlas ke kalau orang kerdil tu tak kaya?

8. My Big Fat Obnoxious Fiancé (2003)
- Nak tengok sejauh mana seorang perempuan muda yang lawa sanggup nak berkahwin
dengan seorang lelaki yang super duper gemuk dan sangat selekeh untuk hadiah
wang tunai sebanyak 500 ribu ringgit

7. Who Wants To Marry My Dad (2003-2004)
- Korang nak ke iklankan ayah korang di televisyen untuk mencari seorang mak tiri
baru? Diorang ni dah gila agaknya

6. Boot Camp (2001)
- Macam 'survivor' tapi yang ni lebih ganas. Tiap-tiap hari korang akan tengok
orang kena belasah dalam tv

5. Forever Eden (2004)
- Rancangan ni tak pernah habis.. siapa bertahan paling lama, dia dapat duit
paling banyak. korang igt ada ke orang nak tengok benda yang sama selama
bertahun-tahun?

4. Mr. Personality (2003)
- Macam mana agaknya orang boleh bercinta tak tengok muka dan tak tau apa2
tentang lelaki tu tapi boleh decided nak kahwin?

3. The Swan (2004)
- Pertandingan ratu cantik yang memerlukan orang itu menjalani pembedahan plastik
secara keseluruhan.. tak bersyukur dengan pemberian tuhan ke diorang ni?

2. Married by America (2003)
- Seorang lelaki yang biarkan penonton mengundi bakal isterinya melalui sms..
gila ke apa?

1. Armed & Famous (2007)
- Bayangkan pelakon dan penyanyi Hollywood jadi polis.. Macam mana diorang nak
tegakkan keadilan kalau undang-undang pun diorang tak tau... haih...


Well itulah dia 15 rancangan realiti TV paling teruk dalam sejarah...

Rumah Gila



Hardy Boys kembali lagi untuk tahun 2010!!!! Happy New Year!!!!

Kali kitorang nak cerita pasal komik Hardy Boys #3 Rumah Gila. Bagi korang yang nak t-shirt free limited edition Hardy Boys tu... cepat2 dapatkan komik ni.


Isu kali ni jugak datang dengan artikel dan cerita sampingan yang best punya;
1. Galaksi Dunia Komik.. Imbau sejarah komik di dunia. Apa komik paling tua? Komik paling panjang? kalau nak tau kenalah beli Rumah Gila.
2. Ada cerita pasal Realiti TV.. Apa rancangan realiti TV paling teruk di dunia?
3. Cerpen misteri baru... Halau Hantu 2

Cepat beli nanti habis!!!

Khamis, 7 Januari 2010

Kerja Kosong!!!!

Gemilang Publishing sedang mencari editor novel dan event planner !!!


Syarat-syarat untuk editor novel
- Melayu
- Mempunyai ijazah dalam bidang yang berkaitan (atau)
- Berpengalaman dalam bidang mengedit novel (kira korang ni pro la)
- Berfikiran kreatif dan proaktif
- Suka baca novel. Tak kiralah novel tu korang beli dan baca untuk koleksi korang ke, korang pinjam novel kawan pastu baca ke, korang lepak kedai buku berjam-jam sambil baca novel ke, yang penting korang memang suka dan jatuh cinta dengan novel!


Syarat-syarat untuk event planner
- Melayu
- Suka buat kerja/aktiviti luar
- Pandai bercakap
- Kreatif dan proaktif
- Tak perlu pengalaman yang meluas asalkan rajin berusaha
- Sesiapa yang aktif semasa di universiti/kolej/sekolah juga digalakkan memohon


Sesiapa yang berminat bolehlah emailkan resume korang ke:
jobs_gp@yahoo.com


atau alamatkan kepada:

Gemilang Publishing
Lot 34A, Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 ½, Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6250 3396


Tarikh tutup: 31 March, 2010