Jumaat, 27 Mac 2009

Novel Grafik Hardy Boys

Sertailah dunia pengintipan dan penuh debaran bersama adik-beradik Hardy dan alamilah luahan akal mereka dalam siri terbaru ini!

Buku 1: Frank Hardy dan Joe Hardy bersama-sama kawan mereka, Callie dan Iola, bergabung tenaga mencari harta karun Timur Tengah yang telah hilang iaitu kalung Samudera Osyria, untuk membebaskan kawan mereka, Chet Morton daripada tuduhan jenayah.


Buku 2: Joy Gallagher ialah mangsa yang telah dicuri identiti. Bagaimana Frank Hardy dan Joe Hardy membantunya mendapat kembali identitinya? Siapakah dalang dan apakah motif di sebalik kejadian ini?


Buku 3: Frank Hardy dan Joe Hardy telah diberi tugasan untuk menyiasat peristiwa kemalangan yang berlaku dalam rancangan realiti televisyen, "Rumah Gila". Mereka dikehendaki mencari orang yang telah mencederakan peserta dan menyiasat puncanya. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila berlakunya satu pembunuhan yang menakutkan.



Buku 4: Keadaan menjadi cemas pada malam sebelum pembukaan kompleks membeli-belah yang baru apabila Frank Hardy, Joe Hardy dan lapan orang yang lain terkunci di dalam kompleks tersebut, bersama seorang pembunuh! Dapatkah Frank, Joe dan mereka yang lain melalui malam ini dengan selamat?


Akan datang di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April ini.

Cuma RM9.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM10.90 (Sabah/Sarawak)